Sunday, October 28, 2018

Sempena birthday Mama

Remembering, recalling & recording all that makes up our Mama with Suzana Ab Rahim Anis Fadzliyana Khairil Mustaffa Ab Rahim Sis Farhah Aiman Dash D Ammar Nasruddin II Akmal Firdaus Luq Hakim Fatin Razif Wan Wazif Widad Nash Rahman

Mama kami...
A petite lady
Khiriyah@Faezah nama diberi
Orang Kanchut sejati
Used to be
A very busy bee
Nafasnya dari seawal subuh lagi
Sentiasa jam-packed with activity
Kami dok wonder mana Mama dapat energi

Everyday ada sahaja program yang menanti
Undangan yang Mama nak penuhi
Sahabat yang uzur perlu diziarahi
Mana dengan mesyuarat keluarga Al Saadi
Mak Peah nak jumpa geng Maktab sekali
Pasai nak discuss mesyuarat agung tahun ni
Aloq Staq tuan rumah sekali lagi

Perkim pulak dekat di hati
Mengajaq saudara baru seminggu sekali
Juai kupon dinner sana sini
Buat dana bantu yg susah dan needy
Masuk kampung pulak nak kena cari
Kat sapa bantuan nak bagi

Pi khenduri ni tak berenti
Sat di Lorong Nyioq Setali
Esok ni di Suka Menanti
Laa.. Ada kawan Mama telefon tak sat ni
Habaq kata ada orang mati
Isyy.. Pukui berapa tak tau nak kebumi?

Jadual harian padat sekali
Tu tak masuk yang ad hoc lagi
Mama memang kena ada PA seniri
Makanya Anis balik dok sini sangatlah timely
Selasa, Kelas Tadabbur di surau K Ani
Isnin pulak kelas mengaji
Pi mana selalunya dok drive sniri
Tolong ambik orang tu letak orang ni

Sekali skala Mama brekkie
Dgn Mak Pah her bestie
Jalan-jalan pi Pasar Tani
Or just pi Kopitiam makan-makan mi

Masak and jamu makan ni
Favourite pastime dari dulu lagi
Sat pie, sat piza sat mi kari
Isyy..bengkang susu Mama, masak dak gi?
Laksa siam memang her specialty
Tapi nak buat renyah sekali
Otak-otak jamu kami
Nasi tomato dan briyani
Habuan anak cucu nak mai sat gi
Ina, Adik, roti jala mama kirim, dapat dak lagi?

Gardening pulak Arwah Ayah and Mama's legacy
Its also her form of therapy
Bila rasa sunyi or tak seronok hati
Sambil jurih pokok zikir itu ini
Ail, tolong sat ubah pasu tu mai tang ni
Aiman, tolong korek lubang nk tanam pokok lemuni

Sat, sat lupa satu aspect lagi
Menjahitpun lagi satu hobi
Alter baju tu perbaik kaftan ni
Ina, jumpa kabu jangan lupa beli
Mama nak buat bantai kat orang tu orang ni

Dulu-dulu masa kami kecik lagi
So garang she used to be
Ajaq maths penuh kreativiti
Habis dikutip batu, biji asam dan guli
Nak bagi faham kali-kali
Congak campur tolak darab bahagi
Tak kena buat petang kena pagi
Ajaq English especially
Drill grammar tak berenti-renti
All the tenses kena tally
Kami jadi spelling bee hari-hari

Malam pulak time mengaji
Memang tak leh escape nor lari
Buat-buat tidoq kena baca esok pagi
Time dok mengantuk tersengguk-sengguk lagi
Lagi tak betul dok ulang la ayat ni
Sampai ayaq mata jatuh sedih ke diri
Bila aku nak buleh keluaq main ni
Nu kawan dok jengoi nak ajak main aci
Sodaqallahulazim bila lagi ni...

Sampai la ni
Tak jemu-jemu suruh kami
Hapai doa tu amai surah ni
Laminate doa tu fotokopi ayat ni
Notebook dan pen ni
Sentiasa ada di sisi
Catit smua yang ustaz kata dalam tv
Pikiaq-pikiaq balik insaf kami kini
Didikan Mama yang bentuk jati diri ini

Mama ni kalau belajaq tinggi lagi
Macam-macam Mama buleh jadi
Memori yang Allah beri
Buleh ingat tarikh tu, memorise nombor telefon ni
Bila beli fridge tu, di mana beli machine ni
Dengan sapa pi situ, pasai pa mai sini
Salah silah our family
Semua dok kat jari

Tapi the list of to do's dah kurang drastically
Dinasihat doktor take it easy
Bila Mama tiba-tiba tak boleh nak bangun satu hari
Diserang sakit belakang, tulang dan sendi
Mama mula buat fisioterapi
Dan gigih buat exercise sendiri
Rumah jadi her home totally
Sahabat famili mai visit tak henti-henti
Mama tak dan rasa sunyi
Depa datangkan rezeki
Muka Mamapun berseri
Ramai yang ingat kat Mama lagi
Pelbagai nasihat dan petua diberi
Mama rajin ikuti
Demi untuk pulih kembali

Akhirnya kini
Mama sudah dapat beraktiviti
But selected few only
Depends on where she wants to be
And her level of energy
Mama makin ceria dan happy
Alangkah bahagianya kami
Happy 77th birthday to
Mama kami
Yang masih sangat lovely...
Syukur alhamdulillah Ilahi Rabbi
Mama...
Bolehkah kami nanti
Follow in your tapak kaki?

Lots of love dari
Your dotter, Aini.
Sempena 27 Oktober 2018

Friday, February 10, 2012

Sibuk sang anak

Bila besar dan meningkat dewasa
jangan hendaknya kita alpa
mengabaikan Ibu tercinta
adakalanya tika sibuk dengan tugas harian
kita lupa bertanyakan khabarnya
mulut kita menjadi berat untuk menyapa
dan memulakan kata
kita jadi malas untuk berbicara dengannya
kita langsung segan untuk lama-lama
menatap wajahnya
Ibu kini bagai orang asing
Seolah bukan kepunyaannya
Rahim yang kita tumpang untuk ke sini
Umpama bukan dia yang melayani

setiap karenah, keperluan dan ngangaan mulut kita satu ketika dulu

Bukan juga dia yang mendodoi, menidurkan kita sehingga lena
Berjaga malam tersengguk-sengguk risaukan sakit demam kita
Sementelahan menyalami tangannya
memeluk dan mencium pipinya pun dah tak betah lagi...
Apakah darjat kita sudah terlalu tinggi
Langsung tidak bisa merendah diri dan mengambil peduli
Payahkah menekan punat telefon untuk bertanyakan...
Apa khabar Ibu?
Ibu sihat?
Ibu sakit?
Ibu sakit kat mana?
Kita pergi doktor nak?
Bila Ibu nak datang ke sini?
Aaa...nak...balik sana...bila??
Lambat lagi la kut...
Apa? Ibu teringin nak buat Majlis Tahlil?
Tak ada cuti la Ibu...
Dok kena buat overtime la...
Kerja banyak sangat ni...
Nak kena study, exam dekat, Ibu tolong doakan ya...
Ada kursus la bulan depan...
Duit tak berapa ada la, tengah teruk ni... Bayaq road tax, income tax dan segala macam tax lagi la...
Minyak, susu anak pun tak lepaih ni...
Isyy..anak-anak ada tuition tiap-tiap hujung minggu...
minggu depan depa ada exam...
Alaa...dah book tiket lama dah nak pi holiday...
dan senarai alasanpun membukit
maka jurang anak-ibupun semakinlah lebar
lalu ibu tua pun meletakkan gagang dengan penuh sendu
Ahh... rinduku pada anak cucu semakin menggebu
Ingatanku pada mereka sudah tak terkubu
Itu yang bertanya khabar...
yang lima lagi tak tahu apa jadi, kisahkah mereka aku hidup ka mati
rajuk Ibu pada diri..
Sepi dan sepi lagi menemani dirinya
yang menghitung hari
dijemput Ilahi...
Namun sang Ibu bingkas bangun
Menepis bisikan yang datang
Membuang sedih dan airmata berlinang
Bertahajjud dia di sepertiga malam
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Anak-anakku di manapun mereka bertebaran
Lindungilah mereka dengan sebaik-baik perlindungan
Janganlah Engkau tinggalkan mereka dalam kealpaan kelalaian dan kesesatan Melainkan Engkau bantu mereka kembali ke landasan yang benar
Janganlah Engkau timpakan dugaan dan musibah melainkan mereka menjadikan setiapnya iktibar
Dan Engkau datangkan jalan keluar kepada setiap permasalahan mereka
Kurniakan mereka perjalanan dan pengakhiran yang baik jua.. Ameen

Ibuku

Ibuku tidak tahu membaca
menulis, apatah lagi mengira
tetapi mata hatinya tidak buta
berjaya mendidik kami lima bersaudara
menjadi insan berguna

UMMI

Rajinnya Ummi
Bangun pagi-pagi
menyediakan sarapan
agar perut-perut kecil kami
terisi...

Tulusnya Ummi
Menyisirkan rambut
dan memakaikan sepatu kami

Ikhlasnya Ummi
mengemas rumah menyapu laman
membasuh baju semuanya untuk
keselesaan kami

Sabarnya Ummi
melayan karenah kami
yang buat sepah sana-sini
walau ditegur berkali-kali

Amanahnya Ummi
mengerjakan suruhan Ilahi
menjaga dan mendidik kami
agar cemerlang dewasa nanti

Syukurnya kami
punya Ummi
yang sebegini...
11/02/2011

Wednesday, March 23, 2011

Bila berjauhan

Ibu
Bila berjauhan baru kutahu
aku rindukan goncangan lembutmu
mengejutkan aku di hening subuh
kocakan mesra rambut kusutku
serta peringatan-peringatan
yang dulu ku rasa biasa-biasa saja
tetapi sekarang terngiang-ngiang di telinga

Ibu

Ibu
Ku carimu di mana-mana
tapi..
tak berjumpa
dalam mimpi juga
engkau tidak menyapa

Ibu
telah hapuskah ingatanmu buatku
walaupun apapun kondisi kelahiranku
kukalungkan doa buatmu
Ibuku